Friday, November 7, 2014

Bagaimana Akhirnya Aku Bernikah

Title: Bagaimana Akhirnya Aku Bernikah

Publisher: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Author: Bahruddin Bekri
Price: RM15.00

RM15.00 sahaja

Klik di sini untuk order sekarang.

Description
Himpunan kisah inspirasi daripada pelbagai jenis manusia yang mencari rahsia Tuhan yang paling manis, iaitu jodoh.

Ada perempuan baik yang patah hatinya, ada lelaki yang terkenang dosa silam, ada yang perlu menanggung keluarga, ada yang berasa wajahnya tidak cantik, ada yang sudah tidak percaya kepada cinta, dan segala macam perkara yang membuatkan jodoh itu terasa jauh daripada mereka.

Namun, rahsia Tuhan siapa yang tahu. Ia datang kepada siapa yang mencari dan kepada yang yakin bahawa pada ketika ini, pada saat ini, jodohnya berada di belahan dunia yang lain, tetapi Tuhan belum mempertemukan mereka, kerena mereka sedang diuji.

Manisnya berdua, tidak akan terasa sekiranya sebelum ini tidak diuji dengan pahitnya sepi.


Hubungi 019-9205123 untuk order senaskhah sekarang.

Kami juga berada di sini


(Pesta Buku Antarabangsa PWTC, Big Bad Wolf Sales, Pesta Buku 1 Malaysia, Pesta Buku Selangor, Pesta Buku Islam Putrajaya)

#stormreaders #books #aaebookstore #bagaimanaakhirnyaakubernikah #bimbingankeluarga #kedaiaaempire #bukukeluarga #bukumurah #kahwin #pestabuku #rujukankahwin 

Monday, May 26, 2014

Canakkale: Ajaibnya Turki!

"Penatnya Nushi. Anta tak mengantukkah?" soal saya kepada Nushi.

"Hmm.. mengantuk tu mengantuk juga. Tapi nak buat macam mana. Inilah nasib pengembara low budget," balas Nushi.

Jam menunjukkan pukul 4:30 pagi. Kami berdua baru sahaja tiba ke Canakkale dari Bursa. Perjalanan lima jam begitu meletihkan.

Kami ke Turki pun spontan benar. Belanja masing-masing agak terhad. Anatara langkah kami unutk menjimatkan belanja ialah mengambil bas malam apabila mahu bergerak dari satu bandar ke satu bandar yang lain. Jadi tidak perlukah membayar duit hotel.

Canakkale ialah bandar pelabuhan. Saya masih ingat lagi bagaimana askar-askar Muslim dari India dikerah paksa menyertai Tentera British. Mereka dibawa dalam keadaan terpinga-pinga hingga ke pantai Canakkale. Ketika mereka mahu melancarkan peperangan bersama penjajah British, askar-askar Muslim ini terkejut mendengar laungan 'Allahu Akbar' daripada tentera 'musuh'.

Sedarlah mereka bahawa mereka telah ditipu. British membawa mereka dari India ke Canakkale untuk memerangi saudara seagama mereka, tentera Othmaniyyah Turki di seberang sana.

Ikuti sambungan cerita ini di dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih hasil karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com)

Friday, May 16, 2014

U-TURN KE JALAN LURUS

Pengajaran hebat dalam perubahan diri

"Satu 'juadah' berharga untuk membangun jiwa kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari jalan lurus. Bahasa dan bentuk penyampaian mesejnya amat bersahaja dan membelai jiwa. Penulis bijak menggabungkan unsur psikologi dan budaya beragama dalam bentuk penceritaan, nukilan dan kisah serta peringatan. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang mahu membersih jalan hidup dan membina matlamat hidupnya agar sejahtera dunia dan akhirat"
~ DR ROBIAH K. HAMZAH ~
Pengarah Urusan RKH Motivation & Services dan Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga.

"Buku ini dapat memberikan iktibar dan kesedaran kepada kita melalui cerita-cerita dan teladan yang mudah difahami dan mungkin juga pernah dialami. Ia mengajar kita untuk menerima dan menilai sesuatu musibah atau kejadian yang berlaku dengan pemikiran dan sudut pandangan lebih positif. Lebih berkesan apabila adanya peringatan Allah SWT dan ulasan penulis untuk kita menelaah dan seharusnya dijadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan seharian supaya tidak leka atau alpa dengan fitnah dunia"
~ DATIN FAUZIAH BINTI DATO' NIK HUSSIN ~
Pengarah Urusan Kumpulan Alloy Consolidated Sdn. Bhd.

"Kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan wake-up call kepada golongan dewasa yang kadang kala alpa tentang agama. Kelainan dari segi penulisan menjadikan buku ini menarik untuk dijadikan bahan bacaan ringan"
~ DATO' AHMAD FADZIL MOHAMAD ~
CEO Golden Pharos Europe Ltd (UK) XL Joinery, Prestige Doors DLC.

Author:Zul Ramli M. Razali
Price:RM22.00

Dapatkan secara online di sini sekarang.

Wednesday, April 30, 2014

Travelog Haji Muslimah

"Ada surat daripada Tabung Haji," kedengaran suamiku yang baru pulang daripada mengajar.

"Bukalah cepat, entah-entah panggilan ke Makkah," aku yang ketika itu sedang memasak, menyahut dari dapur.

"Alhamdulillah, kita dapat," nyata suamiku selepas membuka dan membaca surat itu.

Aku senyum sendiri. Aku sudah faham maksud suamiku walaupun aku belum melihat kandungan surat itu, Surat yang kami tunggu-tunggu selama ini.


Travelog Haji Muslimah, catatan perjalanan seorang hamba Allah dari sudut pandangan wanita. Tidak seperti jemaah lelaki yang dianugerahkan kekuatan bagi melaksanakan ibadat haji, jemaah wanita juga menghadapi cabaran, kepayahan dan kemanisan yang tersendiri, sebagai seorang wanita. Buku ini menghidangkan dimensi yang berlainan daripada siri-siri haji yang sebelumnya dipelopori oleh lelaki. Turut membicarakan berkenaan hukum-hakam berkaitan ibadat haji bagi wanita, kata-kata hikmah dalam bahasa santai dan mudah. Wanita juga memiliki kelebihan dalam jidah, sebagaimana Rasulullah menyatakan, "Jihad bagi warga tua, kanak-kanak, golongan yang lemah dan wanita adalah haji dan umrah." (Direkodkan oleh Sunan an-Nasaa'i).


Publisher:PTS Publications & Distributors
Author:Sabariah Md Udin
Price:RM25.00

Setiap muslimah perlu mempunyai senaskhah buku ini sebagai panduan dan persediaan sebelum menunaikan haji dan umrah.

Singgah ke E-store untuk pelbagai lagi pilihan buku untuk dijadikan koleksi.


(Travelong Haji Muslimah, PTS Publisher, Storm Readers, Buku Panduan Haji, Buku Panduan Umrah, Travelog Haji)

(Pesta Buku Antarabangsa PWTC, Big Bad Wolf, Pesta Buku 1 Malaysia, Pesta Buku Selangor)

Sunday, April 27, 2014

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

TENTU ANDA INGIN TAHU
  •  Benarkah Raja Iskandar atau Alexander The Great bukan Zulqarnain 
  • Siapa sebenarnya individu yang sesuai digelar Zulqarnain berdasarkan ciri-ciri yang ditujukan oleh Quran?
  • Apakah kaitan Raja Namrud, Raja Sulaiman dan Raja Bukhtanasar dengan Zulqarnain?
  • Siapakah individu yang dinamakan Raja Kurush? Apa kaitannya dengan Zulqarnain?


Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu hebat dalam sejarah. Beliaulah yang digelar Alexander The Great. Namun tahukah anda, sebenarnya Raja Iskandar atau Alexander The Great tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain, satu gelaran yang diberikan oleh Quran. Bahkan ada tokoh lain yang lebih sesuai dan layak disandarkan dengan gelaran itu.

Berbekalkan kajian mendalam melibatkan pandangan dan kajian tokoh-tokoh agama, pakar sejarah dan para intelektual, buku ini memuatkan perbincangan lengkap disertai dengan huja-hujah bernas bagi menjelaskan tokoh yang paling sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain.

Jangan lepaskan peluang bagi memahami sejarah dengan perspektif yang lebih baik dengan mendapatkan buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

Telah menerima The National Bestseller dengan terjual lebih 20 000 naskhah. Dapatkan buku ini secara online di sini

(Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain, PTS Publisher, Storm Readers, Afareez Abd Razak Al-Hafiz)

(Pesta Buku Antaranbangsa 2014, Big Bad Wolf, Pesta Buku 1 Malaysia)

Saturday, March 8, 2014

Susah Senang Bersama

Aku dan suami baru pulang daripada menghadiri forum di Shah Alam. Kami keluar rumah sejak pukul 6.30 petang. Pulang jauh malam, jam 1.30 pagi. Tatkala membuka pintu rumah, mata yang tadinya kuyu lantaran mengantuk terbeliak segar apabila melihat laci almari di ruang tamu terbuka. Kotak tisu berguling di atas lantai. Keadaan rumah kami berselerak. Sah, rumah kami dipecah masuk.

Kehilangan pertama yang dikesan ialah laptop milik suamiku yang terletak di ruang tamu. Lesap. Kami melangkah menjenguk ke bilik tidur. Masya-Allah, lagi dahsyat keadaannya. Almari baju ternganga. Baju yang berlipat habis bertaburan. Barang-barang bersepah di atas lantai. Cincin tunang dan cincin kahwin milik suamiku tiada di tempatnya, hilang. Cincin itu mempunyai nilai sentimental dan penuh nostalgia dan kini ia bukan lagi milik kami. Begitu juga beberapa barang berharga yang lain.

"Alhamdulillah, masa kecurian Sayang tak ada di rumah. Keselamatan Sayang lebih penting. Allah tolong kita. Dia uji sikit saja. Apa yang Allah selamatkan lagi banyak." Suamiku matang dan positif menghadapi ujian.

"Sayang adalah harta Abang yang paling berharga." Indah sekali kata-kata itu mengalir ke relungf hati seorang isteri.

Baca lanjut dengan mendapatkan buku PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL.



untuk mendapatkan buku ini secara online, klik sini 




(Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul, Telaga Biru, Storm Readers)

(Pesta Buku Antarabangsa 2014, Big Bad Wolf, Pesta Buku 1 Malaysia)